Tercetus idea untuk membuat krim pelembab apabila ada permintaan dari pelanggan utk krim pelembab siang. Maka saya buat krim pelembab siang untuk ekstrak papaya & rumpai laut.
Cara membuat krim pelembab perlukan komitmen yg tinggi, kualiti dalam proses membuatnya juga perlu dijaga dan berhati-hati. Kualiti & kebersihan harus diutamakan, kerana ia melibatkan kulit wajah utk memakainya.
Kualiti harus dijaga, kalau tidak dijaga satu adunan krim akan rosak. Pantauan (QC) perlu dibuat selama 3hari, selepas QC melepasi, barulah saya akan menjual kepada pada dealers & pelanggan. Bahan-bahan yg terkandung didalam krim juga saya amat menitik beratkan, kerana kandungan dalam krim pelembab sangat penting utk memberi 'baja' kepada kulit wajah.
Untuk menghasilkan krim pelembab siang, 100% bahan-bahannya pure organik tumbuhan. Halal, Suci & Bersih. Boleh bawa solat. Krim pelembab siang yg dihasilkan menerusi homemade@airtangan saya tidak sama ya dengan 'KRIM BASED' yg ada dijual dipasaran. Khasiatnya juga sangat berbeza. Kalau nak tahu apa itu 'krim based' boleh google, nanti anda tahu apa maksudnya.
Hasil pertama kali saya membuat krim pelembab siang, alhamdullillah menjadi.
No comments:
Post a Comment