Nuffnag

Thursday, February 14, 2013

PMC: CARA MEMAKAI KRIM PELEMBAP Dari EKstrak Rumpai Laut Unggu

Untuk pengetahuan semua, krim pelembab siang(+uv protector) dan krim siang(+sunblock) adalah dua krim yang berbeza. Jadi jangan keliru di antara dua krim ini.

1).Krim pelembab siang organik dari ekstrak rumpai laut (+uv protector) ia untuk mereka yang duduk di pejabat/rumah. Sangat mudah mencuci kulit wajah bila memakainya, tidak melekat kedalam liang roma.

2).Krim siang (+sunblock). Krim siang ini akan blok kulit kita dari pancaran matahari. Krim ini juga akan melekat jauh kedalam liang pori-pori kulit wajah. Kena cuci betul-betul & bersih-bersih setiap hari. Biasanya utk mereka yg berkerja di bawah pancaran matahari perlu pakai krim ini.

Ini adalah cara pemakaian krim pelembab yang betul. Krim pelembab sesuai utk mereka yang berkerja didalam aircond/ duduk dirumah. Krim ini sesuai utk semua jenis kulit, mengandungi ekstrak rumpai laut unggu, herba bunga-bungaan(lantana) khas utk melembabkan, merawat, melicinkan kulit wajah, merawat resdung, pigmentasi, jerawat dan mencerahkan.

CARA-CARANYA:

Pagi:
1.cuci kulit wajah dengan sabun organic PMC.

2.Sapukan toner ke kulit wajah anda, biarkan dalam 1/2-1jam (pagi biasanya rushing keoffice/sekolah, so biarkan sehingga kering dan meresap kekulit.

3.Sapukan cream pelembab siang, krim ini mengandungi UV Protector(selama 6jam mengikut kiraan formula). Maka bila nak solat zohor boleh cuci muka dan apply semula krim pelembab siang.

4.Sapukan compact powder, boleh pilih compact powder yg ada spf or 2 way cake, krim ini akan sebati dengan compact powder yg anda pakai dan tahan sehingga ke waktu tengahari.

5.Ada juga yg tak suka pakai compact powder, so boleh top-up krim pelembab bila selepas solat zohor.

Tolong jangan pakai krim berdouble-double, cthnya:
1. Krim pelembab siang PMC
2. Krim siang
3. BB cream
4. Compact powder

Kulit tak boleh nak bernafas, ada juga tindakbalas kulit boleh menjadi jerawat atau berbiji-biji seperti ruam. Elakkan dari memakai cream berbagai jenis dalam satu masa. Cukup utk satu jenis sahaja khusus utk merawat dan melicinkan kulit.

No comments:

Post a Comment