Saya sangat meminati bidang pembuatan kosmetik ini. Bukan perkara yg mudah, ia perlukan minat, komitmen dan tanggungjawab yang besar untuk menghasilkan suatu produk itu. Saya juga sangat cerewet setiap produk yg saya hasilkan, kualiti adalah paling utama. Bukan cincai-cincai bagi pelangan pakai.
Setiap produk yang dikeluarkan oleh seri warisan bukan produk yang 'kosong' tapi perlu ada khasiat dan manafaat utk kulit wajah kita. Kita bukan berniaga utk keuntungan tapi berniaga perlukan keikhlasan dalam menghasilkan sesuatu produk itu berkesan utk semua para pelanggan. Keuntungan adalah nombor dua, kualiti dan keikhlasan dalam membuatnya adalah perkara yang paling penting. Kepuasan & kesihatan kulit pelangan adalah diutamakan.
Bahan-bahannya berasaskan tumbuh- tumbuhan, kotoran yg melekat akan senang dicuci bersih kerana asas bahannya dari tumbuhan. Saya cuba bagi harga yang terbaik dan berpatutan buat semua pelanggan, walaupun bahan-bahan asasnya adalah sangat tinggi.
Untuk mereka yg baru mencari produk halal, boleh bawa solat, perlu juga berhati-hati memilih kerana bahan setiap pembuatan produk adalah tidak sama cthnya dari dari lemak haiwan@babi atau dari bahan sintetik yang boleh merosakkan kulit. (Bahan asas ini paling murah utk didapati dlm pembuatan sesuatu produk@sabun dll).
Produk ini sesuai utk semua jenis kulit termasuk kanak-kanak yg mempunyai ekzema@masalah kulit.
Halal & boleh dibawa solat.
Saya suka menulis, tapi jarang-jarang sangat saya dapat update blog ini disebabkan kekangan masa yg keterlaluan :)
Ada masa saya share lagi, insyaallah.
Kepada yang berminat untuk mencuba produk ini, juga dialu-alukan.
Terutama buat mereka yg mempunyai masalah jerawat, jeragat dan resdung.
Terutama buat mereka yg mempunyai masalah jerawat, jeragat dan resdung.
No comments:
Post a Comment